12 April 2014

Hey=)

Hey. Hari ni 12 April 2014.

Bila tengok balik post terakhir aku membuatkan aku rasa dah tua. Umur pun dah nak masuk 22.

Ya 22.

Bila baca balik post aku yang terdahulu membuatkan aku rasa diri aku yang dulu lagi matang dari diri aku sekarang.  Atau mungkin aku dah lama tak menulis dan aku tak tahu apa jadi dengan aku sekarang.

Sekarang dah ada apps blog kat fon jadi senang lah nak update blog bangun pagi-pagi atas katil je hehe.

Dari 2012 sampai sekarang macam-macam aku lalui. Mungkin orang tak nampak. Sebab memang jenis aku diam. Ye ke diam haaaaha. Datang dah menggila.

Dari bahagia hingga sehancur-hancurnya.

Dari ada hingga sehilang-hilangnya.

Dari waras hingga segila-gilanya.

Tapi orang cakap apa yang berlaku membuatkan kita akan lebih kuat. Sebab pengalaman kan. Selama aku mengharungi hari hari yang aku ada lagi ni aku dah dapat

Dari sehancur-hancurnya hingga bahagia.

Dari sehilang-hilangnya hingga ada.

Dari segila-gilanya hingga waras.

Hee.

May Allah Bless.

Later peeps!
Schőnes wochenende noch.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com